Myra Ellen Amos
Myra Ellen Amos

Myra Ellen Amos

Myra Ellen Amos atau lebih dikenali dengan panggilan Tori Amos (lahir 22 Ogos, 1963) ialah seorang pemain piano, penyanyi dan pengubah lagu. Beliau dinikahi seorang Inggeris, Mark Hawley yang juga seorang jurutera bunyi. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Natashya "Tash" Lórien Hawley, lahir pada 5 September, 2000.Tori dilihat menonjol sebagai seorang penyanyi dan pengubah lagu wanita diawal 1990-an dan mendapat perhatian dalam penggunaan piano sebagai instrumen utama. Ini disebabkan terdapat hanya sejumlah kecil wanita di dalam kategori-kategori tersebut. Beliau juga dikenali kerana emosi yang dibawakan lagu-lagunya kental, melalui subjek yang luas termasuklah seksualiti, keagamaan dan nahas yang menimpa dirinya sendiri. Di antara lagu-lagunya yang menduduki carta adalah seperti "Crucify", "Silent All These Years", "Cornflake Girl", "Caught a Lite Sneeze", "Professional Widow", "Spark" dan "A Sorta Fairytale".Tori telah dianugerahkan dua multi-Platinum dan dua album Cakera Emas di Amerika Syarikat di mana beliau turut mempengaruhi pengikut kultus. Beliau mempunyai sejarah memberi komen-komen yang eksentrik dan aneh laku di konsert-konsertnya yang memberi reputasi bahawa Tori seorang yang individualistik.